HomeUtamaMarah tidak diberi wang, anak ugut bapa guna pisau didenda RM4,500

Marah tidak diberi wang, anak ugut bapa guna pisau didenda RM4,500

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang mengugut bapanya berusia 76 tahun dengan sebilah pisau kerana tidak diberikan wang didenda RM4,500 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Marilyn Kelvin mengenakan denda itu terhadap Yap Lay Ying, 52, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Lay Ying, seorang penganggur, telah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kecederaan ke atas Yap Hon Chow pada 30 Mac lalu jam 9.30malam di sebuah rumah di Wijaya Park, Manggatal.

Dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian, pengadu (mangsa) berada di ruang dapur apabila anak perempuannya iaitu tertuduh mengamuk, mengacukan sebilah pisau dan cuba menyerangnya.

Isteri pengadu kemudian cuba menenangkan keadaan serta menghalang perbuatan tertuduh sebelum tertuduh masuk ke dalam biliknya.

Punca kejadian adalah kerana pengadu enggan memberikan wang yang diminta tertuduh, lalu tertuduh bertindak agresif untuk mencederakannya.

Tertuduh dikatakan sering bertindak sedemikian sebelum ini apabila permintaannya tidak dipenuhi sehingga menyebabkan pengadu dan isterinya bimbang akan keselamatan mereka.

Bertindak atas maklumat, tertuduh ditahan pada hari yang sama sekitar jam 10.30 malam dan polis turut merampas sebilah pisau yang berada di dalam bilik tertuduh.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
MusicUtama

Gadis Sabahan Curi Perhatian Dengan Unboxing & Review Jujur Lagu “Mimpi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular