HomeUtamaDua lelaki didenda RM5,000 miliki racun

Dua lelaki didenda RM5,000 miliki racun

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki masing-masing didenda RM5,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berasingan memiliki Mirtazapine dan cecair Mitragynine.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amar Maruf, 42, dan Abdul Ayom, 27, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Akta Racun 1952.

Dalam kes Amar, tertuduh mengaku ada dalam kawalannya racun berjadual iaitu Mirtazapine seberat 3.51 gram di kawasan tempat letak kereta di Kompleks Asia City,  pada 18 Mei 2025, jam 11.21 malam.

Mirtazapine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Dia disabitkan di bawah Seksyen 9(1) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kes Abdul, tertuduh mengaku memiliki 2,500 mililiter cecair yang mengandungi Mitragynine atau lebih dikenali sebagai ketum di lorong pejalan kaki tepi Jalan Menteri bersebelahan bangunan Imago pada 22 September 2025, jam 12.30 tengahari.

Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 30(3) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengisian guru Sabah capai 98.22 peratus, majoriti anak tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular