Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas dalam kes pembunuhan wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat di Indah Permai, Sepanggar, diperintahkan menjalani pemerhatian mental di Hospital Mesra Bukit Padang selama 30 hari.
Majistret Dzul Elmy Yunus membuat perintah itu ke atas Piluta Samad, 71, selepas membenarkan permohonan oleh pasukan guamannya yang diketuai peguam Datuk Ram Singh ketika kes disebut semula hari ini.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Piluta didakwa membunuh bekas tunangnya Hamidah Husin @Lisa, 44, pada 11 Februari 2026, di antara jam 6 petang hingga 7 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.
BERITA LANJUT MENYUSUL…



