KOTA KINABALU: Seramai 1,000 pegawai kanan serta anggota daripada pelbagai agensi keselamatan menghadiri majlis Royal Mess Night yang berlangsung meriah di sini, pada Selasa.
Antara agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); Jabatan Imigresen Sabah serta beberapa agensi penguatkuasa lain

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, yang disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Juliah Salag.
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar; Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof serta Pengarah APMM Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali.



