HomeUtamaIni tuduhan berniat jahat - Azrul

Ini tuduhan berniat jahat – Azrul

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan yang mengaitkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan dakwaan membayar ‘cyber troopers’ oleh seorang individu di media sosial disifatkan sebagai fitnah liar dan tidak berasas.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Azrul Ibrahim berkata, dakwaan itu dilihat sebagai cubaan berulang untuk mencemarkan imej kepimpinan negeri serta mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, Ketua Menteri sentiasa memberi fokus kepada agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, selain tidak pernah mengamalkan politik sempit atau serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.

“Ini jelas satu tuduhan berniat jahat yang tidak mempunyai asas kukuh dan hanya bertujuan mengeruhkan suasana politik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azrul yang juga Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat turut menafikan kandungan tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular sebelum ini, yang cuba mengaitkan individu tertentu dengan gerakan melemahkan parti politik

Beliau berkata, penularan maklumat itu disifatkan sebagai satu lagi usaha untuk mencetuskan persepsi negatif serta mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu katanya, semua pihak digesa agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta menghentikan penyebaran fitnah dan maklumat tidak sahih.

“Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan Sabah menjadi negeri yang lebih maju, stabil dan sejahtera, bukan terperangkap dalam politik kebencian,”katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Video Parodi Isu 40% Sabah Tular, Cerminkan Sentimen Awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular