HomeUtamaPenjawat awam ditahan SPRM, kes dokumen palsu RM1.3 juta

Penjawat awam ditahan SPRM, kes dokumen palsu RM1.3 juta

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kerja-kerja pembersihan bernilai kira-kira RM1.3 juta.

Pengarah SPRM Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga pengarah sebuah syarikat pembinaan dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.

“Suspek disyaki mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di negeri ini bagi tempoh Februari 2025 hingga Januari 2027,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek turut dipercayai menggunakan beberapa syarikat lain dengan modus operandi sama bagi mendapatkan beberapa kontrak kerja di agensi kerajaan sekitar Sabah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK ambil tindakan terhadap penganjur Songkran Splash Run

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular