HomeUtamaKPDN, PDRM perkukuh sinergi perangi ketirisan subsidi di Sabah

KPDN, PDRM perkukuh sinergi perangi ketirisan subsidi di Sabah

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK Sabah), pada Selasa bagi memperkukuh sinergi penguatkuasaan.

Kunjungan tersebut diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Fredeck Kantod, bersama Ketua Sektor Pencegahan, Anual Kannari serta barisan pegawai kanan KPDN Sabah.

Delegasi berkenaan disambut Pesuruhjaya Polis Sabah  Datuk Jauteh Dikun.

Pertemuan strategik yang menekankan komitmen bersepadu kedua-dua agensi itu adalah bertujuan bagi membanteras ketirisan subsidi negara.

KPDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pertemuan itu memberi fokus kepada penghargaan terhadap kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang berjaya mengekang penyelewengan barang bersubsidi, khususnya bahan api petroleum.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan penyelarasan operasi bersepadu yang lebih agresif, tersusun dan berimpak tinggi, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara KPDN dan PDRM bagi memastikan penguatkuasaan lebih efektif dan berterusan.

Kunjungan berkenaan dilihat sebagai manifestasi kesepaduan antara dua agensi penguat kuasa utama dalam mempertahankan hak rakyat serta memastikan subsidi negara disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 6 bulan miliki motosikal curi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular