HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan laksana langkah mitigasi, tangani impak banjir dan tanah...

DUN Sabah : Kerajaan laksana langkah mitigasi, tangani impak banjir dan tanah runtuh

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri memandang serius kejadian bencana banjir dan tanah runtuh yang semakin kerap berlaku dan akan terus melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi menangani serta mengurangkan impak banjir pada masa hadapan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, langkah mitigasi seperti rancangan mencegah banjir, rancangan tebatan  banjir,  saluran  bandar  utama  dan sistem amaran awal banjir akan terus diperhebat.

“Selain itu, usaha pemulihan cerun berisiko dan penstabilan kawasan tanah runtuh turut diberikan keutamaan bagi meminimumkan risiko tanah runtuh. 

“Peruntukan juga disalurkan untuk menaik taraf dan menyelenggara jalan raya serta jambatan, bagi memastikan infrastruktur pengangkutan yang terjejas akibat bencana alam dapat dipulihkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 di sini pada Khamis.

Tun Musa berkata, pembangunan infrastruktur pengangkutan turut menjadi tumpuan Kerajaan bagi mengukuhkan keterhubungan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. 

Dalam sektor maritim kataya, langkah proaktif diambil bagi memperkukuh keselamatan pelayaran melalui pembinaan alat bantu pelayaran serta penambahbaikan fasiliti, termasuk pembinaan Terminal Feri Menumbok Fasa 4 dan 5 serta beberapa jeti awam di lokasi strategik.

“Selain itu, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan sistem kereta api moden dari Putatan ke Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan Pelabuhan Sepanggar bagi mengukuhkan sistem logistik. 

“Kajian Sabah Sustainable Transport Master Plan akan dilaksanakan sebagai rangka kerja strategik jangka panjang bagi membangunkan sistem pengangkutan awam yang lestari, selamat dan efisien. 

“Usaha ini turut disokong dengan pelaksanaan   Program   Transformasi   Bas Berhenti-henti di Kota Kinabalu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kadar pematuhan peniaga di Papar memberangsangkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular