HomeUtamaWanita maut motosikal dirempuh lori

Wanita maut motosikal dirempuh lori

Read Time:53 Second

KENINGAU: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Nabawan-Sapulut berhampiran Kampung Sarikan, Nabawan, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa, Marlyana Baulun, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal jenis Modenas Kriss.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama mangsa dari arah Nabawan ke Sepulut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, pembonceng wanita maut di tempat kejadian, manakala penunggang berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal memberi perhatian kepada kenderaan di hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

RELATED ARTICLES
Utama

Transformasi Industri Sawit Diperkasa di IPOMC 2026, Fokus Teknologi dan Bakat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular