HomeUtamaAbang rogol adik kandung dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

Abang rogol adik kandung dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang merogol adik kandungnya sendiri dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh berusia 24 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal.

Mengikut pertuduhan tertuduh telah merogol adik perempuannya yang pada waktu itu berumur 15 tahun empat bulan, pada Disember tahun 2021, jam 8 malam di sebuah rumah pekerja di dalam daerah Putatan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat tidak kurang dari 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis terhadap tertuduh pada tahun 2025, dengan mendakwa bahawa tertuduh telah merogolnya sejak mangsa berusia 12 tahun.

Siasatan mendapati kejadian terakhir berlaku pada Disember 2021 ketika ahli keluarga tidak berada di rumah.

Tertuduh masuk ke bilik mangsa dan mengajaknya melakukan hubungan seks untuk kali terakhir. Mangsa menolak keras, namun tertuduh bertindak kasar serta mengancam akan mencederakan ibu bapa mereka sekiranya sekiranya kemahuannya tidak dituruti. Tertuduh turut mengancam untuk menghalau mangsa dari rumah pekerja tempat beliau bekerja.

Pada 17 Oktober, 2025, mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan pada hari yang sama tertuduh ditahan oleh pihak polis di sebuah kilang besi.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman diringankan dengan menyatakan bahawa beliau masih muda dan mempunyai banyak impian untuk dikejar. Tertuduh turut memaklumkan bahawa beliau mempunyai ibu bapa yang perlu dijaga.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira tahap keseriusan kesalahan, kesan penderitaan yang dialami mangsa, serta keperluan pencegahan terhadap kes-kes seumpama ini.

Fazriel turut menegaskan bahawa kes ini melibatkan pelanggaran amanah kekeluargaan yang amat serius apabila mangsa merupakan adik kandung kepada tertuduh sendiri, sekali gus menjadikan kesalahan tersebut lebih berat dan tidak wajar diberikan sebarang kelonggaran.

RELATED ARTICLES
Utama

‘Duit boleh cari, nyawa lebih penting’ – pelajar UMS kongsi detik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular