HomeUtamaAbdul Halim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Abdul Halim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menerusi kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial rasminya pada Sabtu.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mempersembahkan cadangan pelantikan berkenaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Kerajaan yakin pengalaman luas serta tahap integriti tinggi Abdul Halim akan memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi SPRM,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelantikan itu merupakan langkah penting dalam memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara.

Pada Jumaat, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Ketika ini, SPRM diketuai oleh Tan Sri Azam Baki yang akan menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan pantas ringankan beban mangsa kebakaran di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular