HomeUtamaDaftar SKDS sektor pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan dibuka 4...

Daftar SKDS sektor pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan dibuka 4 Mei

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Permohonan pendaftaran bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibuka bermula 4 Mei 2026.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan itu adalah sebahagian daripada peluasan skim subsidi diesel seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof pada 6 April lalu.

Menurutnya, fasa awal peluasan berkenaan melibatkan permohonan pendaftaran bagi syarikat-syarikat pengangkutan darat barangan di ketiga-tiga wilayah terbabit.

“Melalui SKDS, kenderaan yang didaftarkan oleh syarikat pengangkutan darat barangan yang layak boleh menikmati subsidi diesel pada kadar ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Kempen Turun Harga di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Armizan berkata, kadar subsidi semasa bagi sektor pengangkutan darat barangan di bawah SKDS adalah RM2.15 seliter.

Katanya, pembelian diesel bersubsidi akan dilaksanakan menggunakan kaedah “fleet card” di mana syarikat yang layak dan telah berdaftar perlu memohon kad berkenaan daripada syarikat minyak pilihan masing-masing.

“Permohonan fleet card perlu disertakan dengan dokumen surat kelulusan serta senarai kenderaan yang boleh dicetak daripada sistem SKDS,” katanya.

Beliau berkata, butiran penuh berkaitan pelaksanaan pendaftaran akan diumumkan pada 1 Mei ini.

Sehubungan itu, pemilik syarikat disaran membuat persediaan awal dengan memastikan semua dokumen dan rekod berkaitan adalah lengkap, termasuk status pendaftaran syarikat yang masih aktif serta kenderaan dengan cukai jalan yang sah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kempen Turun Harga Bataras bantu rakyat, KPDN gesa lebih banyak syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular