HomeUtamaDUN Sabah : Sabah perkenal skim SERI, bantu pemilikan rumah pertama

DUN Sabah : Sabah perkenal skim SERI, bantu pemilikan rumah pertama

Read Time:51 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sabah bakal memperkenalkan Skim Subsidi Pembeli Rumah Pertama Kali (SERI) bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman sendiri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif yang diperkenalkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya dalam sektor perumahan yang semakin mencabar.

Beliau berkata, skim SERI akan menyediakan subsidi kepada pembeli rumah pertama yang layak, dengan kadar bantuan yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Skim ini bukan sahaja bertujuan memperluaskan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penduduk Sabah, malah membantu meringankan beban kewangan pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penggulungan Kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Arifin berkata, pelaksanaan SERI juga dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan sektor perumahan di Sabah melalui pendekatan yang lebih mampan dan inklusif.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Tapak perkuburan berpusat, atasi kekangan ruang di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular