HomeUtamaGelvia dinobat Unduk Ngadau Papar 2026

Gelvia dinobat Unduk Ngadau Papar 2026

Read Time:47 Second

Oleh J Evachel John

PAPAR: Gelvia Vanessa Jenny dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Papar 2026 pada pertandingan akhir peringkat daerah itu hari ini, selepas mengatasi 16 finalis lain.

Beliau membawa pulang wang tunai RM8,000, mahkota, trofi serta pelbagai hadiah tajaan lain.

Tempat kedua dimenangi Camilla Grimaldi manakala tempat ketiga menjadi milik Cora Jean Cantwell.

Acara itu diadakan sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2026 di Papar, yang disempurnakan pagi tadi oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Turut diumumkan pemenang tempat keempat hingga ketujuh iaitu Recheal Olga Micheal, Bernadine Jeffrey, Varyel Frederick dan Vellova Veran Teo.

Semua peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisi Papar, ‘Sia do Binokian’ atau ‘Sia do Tinahajaan’, yang menyerlahkan keunikan warisan budaya daerah itu.

Acara itu diadakan sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2026 di Papar, yang disempurnakan pagi tadi oleh Ketua Menteri Hajiji Noor.

Lebih 30,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Dewan Masyarakat Papar.

RELATED ARTICLES
Utama

‘Saya hanya mampu berserah, terima kasih kepada semua .. ‘ suami...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular