HomeUtama32 PATI dihukum penjara, denda masuk Sabah tanpa pas sah

32 PATI dihukum penjara, denda masuk Sabah tanpa pas sah

Read Time:51 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Dua lagi PATI pula didenda RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan atas kesalahan sama.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap semua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh ditahan dalam operasi berasingan di beberapa lokasi termasuk sekitar bandar raya ini, Ranau dan Kudat selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah kepada pihak berkuasa.

Pegawai pendakwa Jabatan Imigresen Chin Tze Mee dan Kamrul Md Yusof memaklumkan mahkamah bahawa 25 daripada tertuduh merupakan warga Filipina manakala selebihnya warga Indonesia.

Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

RELATED ARTICLES
Utama

KDCA Semenanjung digesa perkasa promosi pelancongan domestik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular