HomeUtamaWanita didakwa jalankan pusat asuhan tidak berdaftar

Wanita didakwa jalankan pusat asuhan tidak berdaftar

Read Time:47 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menjalankan perniagaan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang tidak didaftarkan.

Tertuduh, Nurin Izzati Chaffli, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Nurin didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 Januari lalu di sebuah pusat asuhan di University Utama Condominium, Telipok, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10, 000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahn.

Mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan Nurin diikat jamin RM1,600 dengan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah, mengendalikan pendakwaan.

Peguam Jagnesh Jaya mewakili tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Wanita koma di Vietnam tunjuk perkembangan positif selepas terima rawatan ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular