HomeUtama132 warga asing dicekup dalam operasi imigresen Sabah

132 warga asing dicekup dalam operasi imigresen Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seramai 132 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan berkata, operasi penguatkuasaan itu melibatkan Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar.

Kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana melakukan pelbagai keslahana imigresen termasuklah tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Di Lahad Datu, Ops Sapu yang dijalankan telah memeriksa seramai 81 individu dan menahan 52 warga asing. Tangkapan melibatkan warga Filipina terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar yang dilaksanakan memeriksa seramai 67 individu.

“Daripada jumlah itu tujuh warga asing telah ditahan terdiri warga Filipina iaitu enam lelaki dewasa. Manakala warga Indonesia terdiri daripada seorang perempuan dewasa,” menurut kenyataan itu.

Seterusnya di Sandakan, Ops Sapu yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 147 individu.

 “Seramai 73 warga asing telah ditahan terdiri daripada warganegara Filipina iaitu 12 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 22 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan. Manakala warga Indonesia terdiri daripada seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.”

JIM Sabah menegaskan komitmen untuk terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar adakan lawatan kerja ke Pulau Banggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular