HomeUtamaSE ambil pendekatan berhemah susulan isu tular di media sosial

SE ambil pendekatan berhemah susulan isu tular di media sosial

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity (SE) sentiasa mengambil pendekatan berhemah, telus dan bertanggungjawab khususnya melibatkan kebimbangan dan sentimen pengguna berhubung isu peningkatan bil elektrik yang banyak tular di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif SE, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, ia adalah bagi memastikan kebajikan pengguna terus dipelihara di samping menjamin kelestarian sistem bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil perhatian isu-isu yang tular melibatkan isu cagaran tambahan, peningkatan bil elektrik akibat penggunaan, tunggakan bil selain tindakan penguatkuasaan berkaitan Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM).

“Cagaran tambahan merujuk kepada bayaran deposit tambahan yang dikenakan kepada pengguna elektrik berdasarkan peningkatan penggunaan semasa atau rekod pembayaran tertentu, sebagai jaminan bagi memastikan bayaran bil elektrik dibuat dengan teratur.

“Semakan cagaran ini dilaksanakan secara berkala selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 serta Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 2024 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 yang memberi kuasa kepada pemegang lesen untuk mengenakan cagaran sebagai jaminan pembayaran bekalan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media berkenaan Cagaran Tambahan, KUPM dan Penggunaan Tenaga di Bangunan KWSP, di sini, pada Selasa.

Yaakob berkata, keperluan melaksanakan semakan cagaran tambahan setiap enam bulan adalah bagi memastikan jumlah cagaran yang dipegang adalah selaras dengan corak penggunaan semasa dan risiko pembayaran pengguna.

Beliau berkata, semakan berkala itu membantu memastikan akaun pengguna mempunyai jaminan yang mencukupi sekiranya berlaku peningkatan penggunaan elektrik atau tunggakan bayaran.

“Ini sekali gus menyokong kelangsungan operasi dan kestabilan sistem bekalan elektrik secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes rogol anak saudara, lelaki dilepas tanpa dibebaskan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular