HomeUtamaKerajaan Sabah tangguh AKPS, hak imigresen negeri tidak boleh dikompromi

Kerajaan Sabah tangguh AKPS, hak imigresen negeri tidak boleh dikompromi

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk menangguh dasar dan pelaksanaan Agensi Kawalan Penguatkuasaan Sempadan (AKPS) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penangguhan dan pelaksanaan dasar itu dilaksanakan sehingga memperolehi persetujuan bahawa tidak ada sebarang penghakisan kepada hak istimewa serta kuasa-kuasa autonomi imigresen Sabah dan Pihak Berkuasa Negeri. 

“Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah telah meneliti isu-isu semasa berhubung pelaksanaan AKPS di Sabah, bahawa terdapat elemen penghakisan kuasa-kuasa serta hak keistemewaan imigresen Sabah melalui sifat perundangan dan pengoperasian imigresen.

” Pelaksanaan AKPS ini akan mengambil alih peranan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di pintu-pintu masuk Sabah, di mana Pihak Berkuasa Negeri tidak mempunyai kuasa langsung ke atas AKPS, tetapi hanya melalui Pengarah Imigresen Negeri Sabah seperti yang diperuntukan di bawah subseksyen 6(3) Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860].

“Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah turut mengesan percanggahan antara Akta 860 dan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh menjejaskan kelancaran dan kesempurnaan tugas penguatkuasaan di pintu-pintu masuk Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Hajiji berkata, kuasa autonomi imigresen kepada Sabah dan Sarawak merupakan kuasa yang tidak boleh dirunding (non-negotiable) kerana implementasi penubuhan Malaysia di bawah Malaysia Agreement 1963 (MA63) adalah tertakluk kepada penggubalan kuasa autonomi imigresen Sabah dan Sarawak.

Justeru, Hajiji berkata, langkah itu adalah bagi menjamin perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan (constitutional safeguard) mengenai negeri Sabah sentiasa terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM tahan tiga pembantu penguat kuasa disyaki terima rasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular