HomeUtamaKeharmonian Sabah Jadi Contoh Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum dan Agama - Salleh...

Keharmonian Sabah Jadi Contoh Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum dan Agama – Salleh Keruak

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU,— Mantan Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak berkata keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah bukan sekadar satu gagasan, sebaliknya telah menjadi amalan kehidupan harian rakyat negeri itu sejak sekian lama.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Salleh berkata masyarakat Sabah hidup dalam suasana saling menghormati tanpa wujud prasangka atau polemik berkaitan perbezaan agama dan budaya.

Beliau berkata setiap individu tetap teguh dengan pegangan dan akidah masing-masing, namun pada masa sama hubungan sesama masyarakat terus diperkukuh melalui semangat perpaduan dan saling menghargai.

“Amat menggembirakan menerima ucapan Hari Raya Aidiladha daripada rakan-rakan berlainan agama. Ia mencerminkan persahabatan yang tulus dan saling menghormati antara kita,” katanya.

Menurut beliau, budaya saling mengucapkan selamat sempena sambutan perayaan pelbagai agama dan kaum juga menjadi simbol keharmonian yang telah lama subur dalam masyarakat Sabah.

Salleh berkata keharmonian sebenar bukan bermaksud menghapuskan perbezaan, tetapi menerima kepelbagaian kepercayaan sambil terus bersatu atas dasar hormat dan nilai kemanusiaan sejagat.

Beliau turut menegaskan bahawa menghormati orang lain tidak akan melemahkan pegangan seseorang, sebaliknya mencerminkan kematangan serta kekuatan sesebuah masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan stabil.

Katanya, sambutan Hari Raya Aidiladha juga membawa mesej penting mengenai nilai pengorbanan, hormat-menghormati dan kebersamaan dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara rakyat.

“Selamat Hari Raya Aidiladha. Moga nilai pengorbanan menguatkan silaturahim dan perpaduan kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dyann serlahkan keistimewaan Baju Labuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular