HomeUtama700 sertai Walk Abreast 2026

700 sertai Walk Abreast 2026

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag menyempurnakan pelepasan peserta program 14th Mother’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam Teluk Likas, di sini, pada Ahad.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag diiringi Presiden Sabah Kinabalu Pink Ribbon, Christy Fe Salazar bersama sebahagian peserta yang menyertai 14th Mother’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam, Teluk Likas pada Ahad.

Program anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon itu bermula seawal jam 7 pagi dengan sesi senamrobik sebelum kira-kira 700 peserta mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki sejauh 4.8 kilometer.

Bertemakan “Step by Step, Side by Side”, program tahunan berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Turut menyertai program itu ialah ahli-ahli Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), ahli keluarga, pemandiri kanser payudara serta komuniti setempat.

Program berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh sokongan kepada pesakit dan pemandiri kanser payudara, selain memupuk semangat kebersamaan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penyakit tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Masyarakat Putatan digesa manfaatkan inisiatif saringan kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular