HomeUtamaAhli perniagaan bebas dua pertuduhan amang seksual remaja

Ahli perniagaan bebas dua pertuduhan amang seksual remaja

Read Time:52 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki.

Hakim Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu terhadap Tay Chee Leong selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Perbicaraan kes itu bermula pada 10 Jun tahun lalu dan seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Bagi pertuduhan pertama, Tay didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah hotel di Papar pada waktu petang, 11 November 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagi pertuduhan kedua, Tay didakwa menyebabkan mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun melakukan perbuatan bersifat seksual terhadapnya di sebuah kedai runcit di Papar, sekitar jam 3 petang pada 11 November 2021.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis, manakala Tay diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali bersama Nigel Neong Kaning dan Sarah Chin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kebun sekolah bakal diperluas ke seluruh Sabah tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular