HomeUtama'Pak guard' sekolah dipenjara 10 tahun, tiga sebatan amang seksual murid

‘Pak guard’ sekolah dipenjara 10 tahun, tiga sebatan amang seksual murid

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan sekolah dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Firdaus Basir, 34.

Mohd Firdaus dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana memeluk dan mencium pipi mangsa berusia 11 tahun sembilan bulan bagi maksud seksual, pada 13 Januari lalu jam 5.50 pagi di sebuah sekolah di Tuaran.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman tambahan penjara tiga tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan minimum dua sebatan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Firdaus menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh tangkap iaitu 27 Februari 2026.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Mengikut fakta kes, kejadian  berlaku ketika mangsa berada di kawasan menunggu sekolah kira-kira jam 5.50 pagi sebelum Mohd Firdaus mengajaknya ke kantin sekolah.

Pada mulanya, mangsa menolak pelawaan itu kerana sudah kenyang, namun tertuduh berterusan memaksanya.

Setibanya di kantin, Mohd Firdaus memberitahu mangsa bahawa dia mahu mengambil sesuatu dari keretanya dan mangsa mengikutinya.

Ketika berada di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran keretanya, tertuduh bertindak memeluk mangsa dari belakang dan mencium pipinya.

Mangsa bertindak melawan sebelum melarikan diri. Selepas kejadian itu, mangsa berasa takut dan mengelak daripada bertemu tertuduh.

Bagaimanapun, pada 28 Januari lalu, sekitar jam 6 pagi Mohd Firdaus menghampiri mangsa dan cuba memujuknya dengan memberikan sebuah beg plastik yang mengandungi sepucuk surat, sebotol minyak wangi dan sebungkus biskut Chipsmore.

Mangsa kemudian melaporkan perkara itu kepada guru disiplin sebelum membuat laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim, manakala Mohd Firdaus tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
PendapatPolitikUtama

PH-BN Perlu Belajar daripada Formula Politik GRS di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular