HomeUtamaKPDN Papar pantau bekalan asas, peniaga didapati patuh peraturan

KPDN Papar pantau bekalan asas, peniaga didapati patuh peraturan

Read Time:37 Second

PAPAR: Peniaga di sekitar Pekan Papar didapati mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan hasil pemeriksaan bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Papar.

Pemeriksaan pada Selasa itu dilaksanakan oleh sepasukan tiga pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Papar menerusi Ops Tiris 4.0.

Operasi berkenaan turut melibatkan pemeriksaan pematuhan Harga Maksimum Minyak Masak Sawit Tulen Botol, Pemeriksaan Pematuhan Penetapan Harga Maksimum Telur Ayam (PHMTA) serta keberadaan bekalan barangan keperluan asas.

Hasil pemeriksaan mendapati peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN, khususnya berkaitan penandaan harga.

Selain itu, alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan juga didapati telah ditentusahkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

KPDN berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi pihaknya melalui saluran rasmi KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Tiris 4.0: 375 liter diesel bersubsidi dirampas, lelaki tempatan ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular