HomeUtama76 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau stabil

76 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau stabil

Read Time:55 Second

TAWAU: Bekalan barangan kawalan di daerah ini didapati stabil selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeriksa 76 premis perniagaan dalam operasi pemantauan baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan pada Khamis dan Jumaat itu melibatkan pemeriksaan di pasar raya serta kedai runcit di sekitar kawasan bandar dan Jeti CIQ Lama Tawau.

Pada Jumaat, sebanyak 30 premis diperiksa, manakala 46 lagi premis diperiksa pada Khamis.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bekalan barangan kawalan adalah mencukupi dan tiada aduan berkaitan kehabisan stok diterima di pasaran.

“Pemeriksaan turut mendapati semua premis mempamerkan tanda harga jualan dengan jelas, manakala alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan masih berada dalam tempoh tentusah yang sah,” menurut kenyataan itu.

Dalam operasi sama, pasukan penguat kuasa turut menjalankan advokasi kepada peniaga dan pengguna mengenai keperluan pendaftaran di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), khususnya bagi kenderaan dan sektor yang layak.

Usaha itu bertujuan memastikan pengagihan subsidi diesel dilaksanakan secara lebih bersasar dan berkesan.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan berkaitan kepenggunaan boleh menyalurkannya kepada KPDN melalui saluran rasmi yang disediakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lagi warga asing didenda RM188,000 dalam kes bekalan elektrik haram

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular