HomeUtamaAnwar Tegas Pilih Bekerja Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat, Bukan Buru Kekayaan

Anwar Tegas Pilih Bekerja Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat, Bukan Buru Kekayaan

Read Time:1 Minute, 4 Second

KUALA PILAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa landasan kepimpinan beliau adalah berasaskan kepada prinsip bekerja untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya memburu kekayaan atau kemewahan peribadi.

​Beliau berkata fokus utamanya kekal terhadap usaha memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terbela selain memelihara tadbir urus negara yang amanah serta cekap.

​”Saya pilih kerja untuk khidmat. Saya pergi mana-mana janji khidmat kepada rakyat. Tetapi khidmat apa kalau saya duk punggah kekayaan daripada rakyat?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang, malam tadi.

​Anwar berkata sebagai pemimpin yang memegang amanah rakyat, keutamaan harus diberikan kepada penyelesaian isu-isu berbangkit yang dihadapi masyarakat di peringkat akar umbi.

​Beliau menarik perhatian mengenai langkah Kerajaan Perpaduan yang menyalurkan peruntukan ratusan juta ringgit bagi membaik pulih kuarters serta balai polis yang daif, selain memberi tumpuan kepada pembaikan tandas sekolah-sekolah yang rosak demi keselesaan pelajar.

​Menurut Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya juga komited menyelesaikan isu legasi Felda termasuk menyelamatkan agensi itu daripada bebanan hutang lama serta meluluskan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik bagi projek perumahan generasi kedua Felda.

​Tegas beliau, segala kritikan atau tohmahan sesetengah pihak berhubung usaha-usaha kebajikan asas itu tidak akan mengalihkan tumpuan kerajaan untuk terus berbakti kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendekatan dakwah perlu relevan dengan perkembangan digital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular