KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Teknikal (Tenaga) kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. James Lim, di pejabat rasminya di sini.
Kunjungan pada Selasa itu menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan sektor tenaga di Sabah.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Energy Commission of Sabah (ECoS), Ir. Ts. Ridwan Saham.
Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana positif dan mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi menyokong pembangunan sektor tenaga, sekali gus memperkasa pelaksanaan agenda pembangunan negeri sejajar aspirasi Sabah Maju Jaya.



