HomeUtamaRibut petir, hujan lebat dijangka landa Tawau dan Kudat

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Tawau dan Kudat

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di beberapa kawasan di Sabah dinasihatkan supaya berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melibatkan daerah Tawau dan Kudat sehingga pukul 12 tengah hari pada Ahad.

Menurut METMalaysia, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah daerah Tawau, manakala di Bahagian Kudat melibatkan daerah Pitas dan Kudat.

Amaran itu dikeluarkan susulan petunjuk cuaca yang menunjukkan kemungkinan berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

METMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran cuaca jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran dan akan dikemas kini mengikut perkembangan keadaan cuaca semasa.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap risiko kejadian pokok tumbang, banjir kilat, jalan licin serta angin kencang yang boleh membahayakan keselamatan.

Penduduk juga digalakkan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi METMalaysia bagi memastikan mereka sentiasa menerima perkembangan terkini dan dapat mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

MAHA Labuan 2026: Ambuyat, ikan ampap jadi tarikan di gerai pameran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular