HomeUtamaDua PATI terkait kes bunuh kanak-kanak dipenjara kerana masuk Sabah secara haram

Dua PATI terkait kes bunuh kanak-kanak dipenjara kerana masuk Sabah secara haram

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasuki Sabah secara haram.

Kedua-dua tertuduh warga Filipina berusia 39 dan 21 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, hari ini.

Mereka turut diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tertuduh berusia 39 tahun ditahan pada 16 Julai 2026 kira-kira jam 2.30 petang di kawasan tanah lapang, Kampung Numbak 2, Manggatal.

Manakala, tertuduh berusia 21 tahun ditahan pada 19 Julai 2026 kira-kira jam 3.20 petang di tepi jalan Kampung Numbak, Sepanggar.

Kedua-dua tertuduh didapati tidak memiliki pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk memasuki Sabah.

Mereka disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta sebatan tidak melebihi enam kali.

Pegawai Pendakwa Inspektor Deanivo Sittin mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk rekod, pada 17 Julai lalu,  tertuduh berusia 39 tahun itu telah direman bersama seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun selepas ditahan susulan penemuan mayat kanak-kanak Nurjilya Abdullah, 10, di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar pada 16 Julai lalu.

Tempoh reman mereka yang bermula pada 17 Julai lalu dilanjutkan sehingga 31 Julai bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Kes pembunuhan itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan difahamkan beberapa tangkapan berhubung kes itu telah dibuat.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah, Melaka teroka kerjasama bangunkan produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular