HomeUtamaJambatan di Jalan Tun Fuad Stephen ditutup akibat kerosakan struktur

Jambatan di Jalan Tun Fuad Stephen ditutup akibat kerosakan struktur

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Jambatan di Kilometer (KM) 2.850, Jalan Tun Fuad Stephen ditutup serta-merta bermula jam 12 tengah hari pada Jumaat selepas pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan menutup jambatan itu dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna jalan raya daripada sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan teknikal yang dijalankan mendapati struktur lantai konkrit jambatan mengalami kerosakan serius dan memerlukan tindakan segera.

“Penutupan jambatan terpaksa dilakukan serta-merta bermula jam 12 tengah hari ini (31 Julai 2026) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, penutupan tersebut hanya melibatkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu menuju ke Teluk Likas, manakala laluan bertentangan tidak dinyatakan terjejas.

JKR Sabah memaklumkan laluan berkenaan akan dibuka semula selepas kerja pembinaan lencongan sementara berjaya disiapkan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

RELATED ARTICLES
Utama

KJJ perkukuh kerjasama jayakan aspirasi Sabah Electricity

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular