HomeUtamaGuru Wanita Ditemui Maut Dalam Bilik Guru

Guru Wanita Ditemui Maut Dalam Bilik Guru

Read Time:1 Minute, 0 Second

HULU SELANGOR: Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di dalam bilik guru sebuah sekolah di daerah ini dalam kejadian yang disedari pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Manimaran Muniandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.15 pagi sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, sebaik tiba di sekolah berkenaan, mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pemeriksaan pihak hospital mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PDRM, pada jam lebih kurang 8.20 pagi pihak polis telah menghala ke tempat kejadian dan hasil siasatan awak di tempat kejadian dapati mangsa telah menggantung diri dengan menggunakan tali di bilik guru di bilik guru tingkat satu sekolah tersebut.

Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6064 1222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Halim Khan Hazam Khan menerusi talian 03-6048 1222 bagi membantu melengkapkan siasatan kes.

RELATED ARTICLES
Utama

44 warga asing ditahan, termasuk lelaki warga Itali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular