HomeUtama144 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

144 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Seramai 144 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan feri komersial.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pemindahan melalui laut itu membabitkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan.

Daripada jumlah itu, 107 adalah lelaki dewasa, 26 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 68 tahun.

“Kanak-kanak yang menyertai program pemindahan berkenaan turut diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing,” menurut kenyataan itu.

JIM Sabah berkata, sehingga kini seramai 4,750 tahanan PATI pelbagai warganegara telah dipindahkan ke negara asal masing-masing sepanjang tahun ini.

Jumlah itu membabitkan 3,008 warga Filipina, 1,478 warga Indonesia, 118 warga Pakistan, 109 warga China, 18 warga Vietnam dan 19 daripada lain-lain warganegara.

“Kesemua tahanan PATI telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan dan mempunyai Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang sah untuk melayakkan diri mengikuti proses pemindahan

“Kesemua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan serta memiliki Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang sah bagi melayakkan mereka mengikuti proses pemindahan ke negara asal,” katanya.

Dalam pada itu, JIM Sabah menyeru semua pihak supaya lebih peka terhadap persekitaran komuniti serta tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.

Orang ramai juga diminta segera melaporkan kegiatan berkaitan PATI kepada saluran rasmi JIM Sabah menerusi portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau Sistem Pertanyaan Online (SPO).

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pegawai adat antara empat direman berhubung rasuah jual beli tanah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular