HomeUtamaTiga sekeluarga rentung, seorang cedera, kebakaran rumah di Kg Darau

Tiga sekeluarga rentung, seorang cedera, kebakaran rumah di Kg Darau

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Tiga sekeluarga ditemukan rentung manakala seorang lagi cedera melecur dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Darau, Menggatal, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknys menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi pada jam 1.50 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal telah musnah terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi.

“Namun, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan akibat melecur.

“Mangsa pertama ditemukan di tangga, mangsa kedua di dinding tingkat bawah manakala mangsa ketiga di tangga berdekatan dengan mangsa pertama,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Difahamkan tiga mangsa sekeluarga yang rentung terdiri daripada wanita berusia 67 tahun, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 29 tahun.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan akibat melecur dan dibawa menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Turut membantu operasi ialah sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dua anggota Sabah Electricity.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.19 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

RELATED ARTICLES
Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah
Utama

Yayasan Sabah tawar rebat sehingga 30% menerusi Program Budi Madani 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular