HomeUtamaEsports jadi Wadah Bina Jati Diri Belia, Jauhi Dadah

Esports jadi Wadah Bina Jati Diri Belia, Jauhi Dadah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seni dan sukan elektronik (esports) mampu menjadi wadah untuk membentuk disiplin, kreativiti dan jati diri generasi muda.

Perkara itu disampaikan oleh Dr. Sharip Zainal bin Sagkif Shek menerusi perkongsian bertajuk “Seni dan Esports: Nadi dan Jati Diri Anak Muda” sempena Kejohanan E-Sport Skuad Antidadah Kota Kinabalu 2026 pada 5 September lalu.

Kejohanan yang diinspirasikan oleh Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Kota Kinabalu, Osman Johari, menghimpunkan 17 pasukan bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile (PUBGM).

Program yang menggunakan esports sebagai pendekatan untuk mendekati golongan muda, selain menyampaikan mesej pencegahan dadah melalui medium yang dekat dengan minat generasi digital.

Menurut beliau, perubahan zaman menuntut pendekatan terhadap golongan itu turut berubah. Minat mereka terhadap dunia digital tidak seharusnya hanya dilihat sebagai hiburan, sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk membentuk kreativiti, disiplin, daya saing dan jati diri yang positif.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Tawau, Rudhi Hariyanto bin Ghazali, selaku wakil perasmi.

Sementara itu, di kahir kejohanan Pasukan AE R CE muncul juara kategori MLBB, diikuti EL SAGA dan Wenez Esport, manakala Banimarung menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP).

Bagi kategori PUBG Mobile, pasukan 7K dinobatkan sebagai juara, diikuti Starlite dan 4 KRV.

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan RM5,000 dan membuktikan bahawa minat anak muda terhadap esports boleh dimanfaatkan untuk pembangunan belia serta pembentukan gaya hidup bebas dadah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kali terakhir jumpa anak sekitar 2017, ibu besarkan Zara sepenuhnya –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular