HomeUtama733 peserta sertai Fun Run Langkah Merdeka JPJ Sabah

733 peserta sertai Fun Run Langkah Merdeka JPJ Sabah

Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Seramai 733 peserta menyertai Fun Run Langkah Merdeka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah 2026 yang julung kali dianjurkan jabatan itu di negeri ini.

Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sabah, Erick Jusiang berkata, penganjuran program berkenaan merupakan antara usaha jabatan untuk menggalakkan amalan hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga JPJ, agensi kerajaan serta masyarakat.

Menurutnya, program itu turut bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, selain mengeratkan hubungan antara JPJ dengan komuniti dan agensi lain serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

“Program ini dianjurkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga JPJ, agensi-agensi serta komuniti di Sabah, khususnya di kawasan Kota Kinabalu.

Erick (tengah) ketika ditemui media.

“Di samping itu, program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, mengeratkan hubungan baik antara JPJ dengan komuniti dan agensi lain serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program berkenaan di Ibu Pejabat JPJ Negeri Sabah, di sini, pada Sabtu.

Erick berkata, penganjuran program berkenaan juga menjadi platform untuk menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai sekali gus memperkukuh semangat perpaduan antara JPJ, komuniti dan pelbagai agensi.

Erick (enam dari kiri) ketika merasmikan flag off Fun Run Langkah Merdeka JPJ Negeri Sabah 2026.

“Harapan saya, Fun Run seperti ini akan membawa ramai orang bersama. Yang penting ialah kesatuan. Kita mahu menghimpunkan orang ramai supaya ada kesatuan dalam kalangan masyarakat, JPJ dan komuniti.

“Ini merupakan kali pertama program seperti ini diadakan dan mungkin lebih banyak lagi program kemasyarakatan akan dianjurkan JPJ bersama masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JPJ Sabah merancang untuk menganjurkan lebih banyak program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada masa akan datang sebagai bukti komitmen jabatan untuk sentiasa bersama rakyat dan komuniti.

Katanya, program seumpama itu juga penting bagi memberi peluang kepada masyarakat mengenali JPJ dengan lebih dekat, bukan hanya melalui fungsi penguatkuasaan dan perkhidmatan berkaitan lesen serta pendaftaran kenderaan.

“Harapan saya masyarakat akan melihat apa yang kami lakukan ini sebagai sesuatu yang murni dan tiada niat lain selain menunjukkan bahawa JPJ sentiasa bersama orang ramai.

“Bukan setakat JPJ dikenali kerana mengeluarkan saman dan menguruskan lesen, tetapi kita juga ada program berbentuk CSR atau komuniti supaya orang ramai dapat mengenali anggota kita.

“Anggota kita memang ramah dan kita boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat. Jadi, jangan segan-segan untuk berkenalan dengan pihak JPJ,” katanya.

Beliau turut berkata, penglibatan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam program berkenaan membuka ruang kepada JPJ untuk memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara agensi.

Katanya, kerjasama seumpama itu penting dalam memastikan pelaksanaan program kemasyarakatan dapat diperluaskan, selain mewujudkan jaringan lebih erat antara agensi kerajaan dengan masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu bapa, sekolah, komuniti perlu berganding tangani buli siber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular