HomeUtamaRogol anak kandung, bapa dipenjara 16 tahun 10 sebatan

Rogol anak kandung, bapa dipenjara 16 tahun 10 sebatan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Seorang bapa berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 18 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas mensabitkan tertuduh berdasarkan pengakuan salahnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Mac lalu.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa kira-kira jam 7 pagi pada 4 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Beaufort.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan menyatakan bahawa dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Dk Afiqah Alya Ak Johari dalam hujah pemberatan memohon mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh adalah bapa kandung mangsa yang sepatutnya memberikan perlindungan, penjagaan dan keselamatan kepadanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan berkata, tertuduh menyalahgunakan kedudukan serta kepercayaan dalam keluarga untuk melakukan kesalahan itu terhadap anaknya sendiri.

Menurutnya, kesalahan itu dilakukan di rumah keluarga, iaitu tempat mangsa sepatutnya berasa selamat.

“Tertuduh menarik tangan mangsa dan mengheretnya masuk ke dalam bilik sehingga menyebabkan kesakitan pada pergelangan tangannya sebelum melakukan kesalahan itu tanpa kerelaan mangsa,” katanya.

Dk Afiqah berkata pemeriksaan perubatan serta pendedahan mangsa turut menunjukkan terdapat kejadian rogol sebelum kejadian terakhir pada 4 Mac lalu, sekali gus menunjukkan corak penderaan seksual yang berulang dan berterusan, bukan kejadian terpencil.

“Tertuduh mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya dia memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

“Ia adalah tindakan yang disengajakan untuk mendiamkan mangsa dan membolehkan penderaan itu berterusan, selain menunjukkan tahap kesalahan tertuduh yang tinggi serta sikap tidak mengendahkan kesejahteraan mangsa,” katanya sambil memohon kepentingan awam diambil kira dan hukuman berbentuk pencegahan dijatuhkan terhadap tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Hak 40 peratus hasil Sabah, penambahan kerusi parlimen wajar disokong –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular