HomeUtamaMiliki barang kawalan tanpa permit, lelaki didenda RM5,000

Miliki barang kawalan tanpa permit, lelaki didenda RM5,000

Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan didenda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki barang kawalan tanpa permit.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Mahkamah turut memerintahkan 200 liter minyak diesel yang disyaki diesel bersubsidi dan disita dalam kes itu dilucuthakkan untuk dijadikan hasil kerajaan.

Barang-barang bukan kawalan yang turut disita pula diperintahkan diserahkan kepada pihak pendakwaan selaras dengan Seksyen 26(2) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau, Nurfauziahanadjuliti Mohd Amin.

Foto ihsan KPDN Sabah

Ketua Cawangan KPDN Tawau, Satunlucy Lamioh @ Lamidah berkata, kejayaan pendakwaan itu membuktikan komitmen dan ketegasan KPDN dalam membanteras kegiatan penyelewengan serta penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi, khususnya melibatkan pemilikan dan pengendalian barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.

Beliau berkata, KPDN Cawangan Tawau akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang berkaitan kawalan bekalan.

Tindakan itu katanya, selaras dengan komitmen KPDN untuk memastikan bekalan barang kawalan bersubsidi kekal dilindungi dan hanya digunakan bagi tujuan yang dibenarkan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

“KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

RELATED ARTICLES
Utama

Sokongan ibu bapa pemangkin kejayaan pendidikan anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular