HomeUtamaHujan berterusan jejas kerja pembaikan landasan KKIA, 20 penerbangan terkesan

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan landasan KKIA, 20 penerbangan terkesan

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penting disiapkan dengan selamat.

Malaysia Airports (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, hujan berterusan menjejaskan kemajuan kerja-kerja pembaikan landasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, penutupan sementara landasan berkenaan telah menjejaskan sebanyak 20 penerbangan hari ini.

“MAHB sedang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi menguruskan kesan operasi serta membantu penumpang yang terjejas.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan tertinggi dan operasi penerbangan hanya akan disambung semula selepas landasan disahkan selamat untuk digunakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan terkini secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkaitan jadual dan sebarang perubahan penerbangan.

MAHB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan penutupan sementara berkenaan, selain menghargai kesabaran dan pemahaman penumpang sepanjang tempoh operasi terjejas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pekerja binaan maut dipercayai terjatuh dari aras 20

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular