HomeUtamaUjian siren tsunami dilaksana di dua lokasi di Sabah hari ini

Ujian siren tsunami dilaksana di dua lokasi di Sabah hari ini

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi di Sabah, hari ini.

MetMalaysia dalam makluman memaklumkan ujian berkenaan dijadualkan berlangsung pada hari ini di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port dan Masjid Al-Khauthar, Tanjung Aru.

Pengujian di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port dijadualkan bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pengujian di Masjid Al-Khauthar, Tanjung Aru akan dilaksanakan antara 2 petang hingga 4 petang.

MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan sekitar lokasi berkenaan supaya tidak panik sekiranya terdengar bunyi siren, kerana ia merupakan sebahagian daripada ujian sistem dan bukan amaran tsunami sebenar.

Menurut makluman itu, sebarang perubahan lokasi atau jadual pengujian akan dimaklumkan oleh MetMalaysia dari semasa ke semasa.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap hebahan rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan sistem amaran tsunami dan keadaan semasa.SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Curi dua paket minuman segera, bapa tiga anak dikenakan bon berkelakuan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular