HomeUtamaDua lelaki ditahan, syabu 62.14 gram dirampas di Penampang

Dua lelaki ditahan, syabu 62.14 gram dirampas di Penampang

Read Time:1 Minute, 11 Second

PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 62.14 gram dalam dua operasi berasingan di daerah ini pada 18 dan 19 September 2026.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newtown, berkata operasi berkenaan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Beliau berkata, dalam operasi pertama kira-kira jam 2.50 petang pada 18 September, seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun ditahan di hadapan sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan menemukan 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 56.91 gram, dengan anggaran nilai RM8,500.

“Saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi kedua kira-kira jam 12.10 tengah malam pada 19 September, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan empat paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 5.23 gram, dengan anggaran nilai RM900,” katanya.

Sammy berkata, keseluruhan rampasan daripada kedua-dua operasi itu dianggarkan bernilai RM9,400.

Katanya, kes tangkapan pertama disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes tangkapan kedua disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan atau pengedaran dadah serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

RELATED ARTICLES
Utama

SDBHD perkasa pelan perniagaan, teroka bidang baharu jana pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular