HomeUtamaCederakan menantu, ibu mentua didakwa

Cederakan menantu, ibu mentua didakwa

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap menantunya.

Tertuduh Foo Ming Chu, 60, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Foo didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah rumah di Manggatal, kira-kira jam 7 malam pada 16 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Foo diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan serta menetapkan syarat tambahan supaya dia tidak mengganggu saksi atau pengadu dalam kes itu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Oktober.

Pendakwa Raya Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki bebas tuduhan edar lebih 1kg dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular