HomeUtamaKontraktor tempatan rebut peluang dalam O&G - Masidi

Kontraktor tempatan rebut peluang dalam O&G – Masidi

Read Time:48 Second

PENAMPANG: Kontraktor tempatan perlu memperkukuh keupayaan bagi merebut peluang yang tersedia dalam industri minyak dan gas (O&G) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sektor berkenaan mempunyai potensi besar untuk menawarkan pelbagai peluang kontrak dan pekerjaan bernilai tinggi kepada pemain industri tempatan.

Menurutnya, pelbagai peluang kontrak ditawarkan oleh syarikat minyak dan gas antarabangsa serta tempatan yang beroperasi di Sabah, namun kontraktor tempatan perlu memastikan mereka mempunyai keupayaan memenuhi keperluan industri.

“Kontraktor tempatan perlu melengkapkan diri dari segi teknikal, meningkatkan kemahiran dan keupayaan supaya mampu bersaing serta mendapatkan projek dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sabah Kali Ke-27 di sini, pada Selasa.

Masidi berkata peningkatan keupayaan kontraktor tempatan penting bagi memastikan lebih banyak manfaat daripada perkembangan industri O&G dapat dinikmati pemain industri tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular