HomeUtamaInkues Zara: Mahkamah Koroner lawat semula lokasi kejadian

Inkues Zara: Mahkamah Koroner lawat semula lokasi kejadian

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner bersama pihak berkepentingan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir melawat semula asrama sekolah agama tempat remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri pada Julai tahun lalu.

Lawatan locus in quo kali kedua itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir empat jam kemudian pada jam 2 petang.

Koroner Amir Shah Amir Hassan menyertai lawatan berkenaan bersama pasukan pegawai pengendali inkues, barisan peguam mewakili ibu dan bapa Zara serta peguam yang mewakili lima kanak-kanak yang didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berhubung kejadian membabitkan Zara.

Beberapa saksi termasuk pelajar, guru dan individu lain turut menyertai lawatan itu.

Pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sepanjang sesi locus in quo berlangsung.

Setakat ini, kira-kira 80 saksi sudah memberi keterangan dalam prosiding inkues berkenaan termasuk pakar, guru, anggota polis, pelajar dan ibu bapa.

Prosiding inkues akan bersambung esok dengan kakak tiri Zara dijadualkan menjadi saksi ke-81 untuk memberi keterangan.

Zara, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada keesokan harinya.

Jenazahnya kemudian digali semula pada 9 Ogos 2025 sebelum bedah siasat dilakukan pada 10 Ogos di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima kanak-kanak yang dikenali sebagai Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas pertuduhan mencela Zara.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan kes berkenaan masih berjalan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cabul anak kandung, lelaki dipenjara 48 bulan dan 4 sebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular