HomeUtamaLelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebat amang seksual anak tiri

Lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebat amang seksual anak tiri

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pekerja am dijatuhi hukuman penjara keseluruhan tujuh tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Lelaki berusia 38 tahun itu didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen Monica Linsua, hari ini.

Dalam keputusannya, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan semua elemen penting pertuduhan telah dibuktikan.

Mahkamah turut mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kira-kira jam 11 pagi pada September 2021 di sebuah rumah tidak bernombor di Penampang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA)  dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 14(a), manakala bagi Seksyen 16 akta sama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun dan dua sebatan.

Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan secara berasingan, menjadikan keseluruhan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.

Selain itu Mohd Firdaus turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraannya serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tidak dibenarkan dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil tiga saksi manakala pihak pembelaan memanggil lima saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim dan Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili Yong Pei Yi, Dianne Denson dan Dicky Lo.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Seksyen 16 pula memperuntukkan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada dua kali.

RELATED ARTICLES
Utama

Laporan kemajuan Pan Borneo Sabah perlu dibentang berkala – Matbali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular