BERNAMA
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentang esok berupaya terus memperkukuh ekonomi negara dan meringankan beban rakyat.
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, beliau turut menzahirkan harapan agar belanjawan itu membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima di Kementerian Kewangan, Putrajaya sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan yang telah bekerja keras menyiapkan belanjawan berkenaan.
Kelmarin, Perdana Menteri memaklumkan Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.
Anwar dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini .BERNAMA



