TAWAU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan mewah jenis Alphard selepas didapati lesen kenderaan itu tamat tempoh.
Tindakan itu diambil dalam Operasi Khas Kenderaan Mewah yang dijalankan JPJ Cawangan Tawau di Jalan Apas, Batu 2, di sini, pada 6 Oktober lalu.
Menurut JPJ Sabah, kenderaan berkenaan dibawa ke JPJ Cawangan Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.
Selain mengeluarkan notis sita, JPJ turut mengeluarkan notis saman terhadap pemandu dan pemilik kenderaan berkenaan.
JPJ Sabah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara tegas tanpa kompromi bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan semua pengguna jalan raya.



