HomeUtamaLelaki didakwa miliki pisau lipat di tempat awam

Lelaki didakwa miliki pisau lipat di tempat awam

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki sebilah pisau spring lipat tanpa kebenaran yang sah di tempat awam.

Tertuduh, Hamzah Junior membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Monica Linsua.

Mengikut pertuduhan, Hamzah didakwa memiliki sebilah pisau spring lipat bercetak ‘811’ berukuran lapan sentimeter tanpa kebenaran yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 4.20 pagi, 4 Oktober 2026, di kawasan belakang sebuah rumah deretan kedai Mydobi Ketiau Putatan, Penampang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh terus direman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan tertuduh akan terus ditahan sementara menunggu kes selesai.

RELATED ARTICLES
Utama

Kemalangan maut, warga emas didenda RM8,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular