HomeUtamaWarga asing dipenjara, didenda tinggal lebih masa di Sabah

Warga asing dipenjara, didenda tinggal lebih masa di Sabah

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Taiwan yang sebelum ini dijatuhi hukuman kerana melakukan pakat jahat jenayah (konspirasi) berkaitan skim pelaburan palsu, dipenjara lima bulan kerana tinggal di Sabah melebihi tempoh yang dibenarkan.

Li Xuan Qi, 25, turut didenda RM12,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selelpas Li membuat pengakuan bersalah.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selepas Li mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Li didapati masih berada di negeri ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada 14 Mei tahun ini, iaitu tinggal lebih masa selama tujuh hari.

Dia ditahan pada 21 Mei tahun ini, kira-kira jam 10 malam, di sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis, manakala Li diwakili peguam Nathaniel Wong dan Lim Chun Yuan.

Pada 18 Ogos tahun ini, Li dikenakan hukuman denda selepas dia bersama 20 warga China mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pakat jahat jenayah (konspirasi) berkaitan skim pelaburan palsu.

RELATED ARTICLES
Utama

SK Dogoton hargai sumbangan kemudahan pembelajaran kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular