HomeUtamaLelaki dikehendaki kes bunuh 2009 ditahan di Kolombong

Lelaki dikehendaki kes bunuh 2009 ditahan di Kolombong

Read Time:52 Second

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Beverly Hills, Penampang, lebih 17 tahun lalu.

Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 22 Oktober lalu di sebuah kediaman di sekitar Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu, hasil usaha pengesanan dan siasatan berterusan pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Arisanti Aziz, berkata tangkapan itu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang berlaku pada 11 April 2009.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mengikut peruntukan undang-undang, kesalahan membunuh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arisanti turut menegaskan kejayaan tangkapan itu mencerminkan komitmen dan kesungguhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah serta memastikan individu yang disyaki terbabit dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

RELATED ARTICLES
Utama

JKR, kontraktor perlu pastikan jalan Tebobon dalam keadaan baik – Mustapha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular