HomeUtamaKPDN Tawau terima serahan kes disyaki penyelewengan gula dan minyak masak

KPDN Tawau terima serahan kes disyaki penyelewengan gula dan minyak masak

Read Time:53 Second

TAWAU :  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau menerima satu serahan kes disyaki penyelewengan barang kawalan iaitu gula dan minyak masak daripada Pasukan Polis Marin (PPM).

Serahan kes itu dibuat susulan operasi pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh sepasukan anggota PPM di sekitar kawasan perairan Jeti Limbungan Tawau.

Menurut kenyataan KPDN Sabah, kes berkenaan telah diserahkan kepada Seksyen Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

KPDN Sabah menegaskan komitmennya untuk terus mempergiat usaha membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bagi memastikan bekalan bersubsidi sampai kepada golongan yang layak serta melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pada itu, KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan barang kawalan merupakan satu kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan disaran menyalurkan aduan kepada KPDN melalui platform e-Aduan, talian pejabat KPDN Tawau atau saluran WhatsApp Aduan Pengguna bagi membantu usaha penguatkuasaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Zara tunjuk tekanan emosi, mahu pindah sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular